Lelaki Lebih Tertarik Dengan Wanita Yang Berisi Berbanding Yang Kurus, Jadi Berhenti Diet

Kebanyakkan wanita sering risau akan penampilan mereka untuk menarik perhatian seorang lelaki. Mereka terlalu menjaga diet mereka agar kelihatan tidak berisi.

Lelaki sejati lebih gemar memilih wanita yang memiliki bentuk badan yang lebih berisi daripada yang kurus. Definisi badan berisi dan gemuk amatlah berbeza sekali.

Sudah menjadi lumrah seorang lelaki apabila bejumpa dengan seorang wanita mereka akan memerhatikan wajahnya dan diikuti dengan bentuk badan. Lelaki melihat wanita badan berisi lebih seksi jika dibandingkan dengan wanita berbadan kurus.

Jadi para wanita elakkan untuk menjadi kurus. Mulailah ikuti selera anda untuk dapatkan tubuh menjadi lebih berisi. Tidak perlu untuk mengikat perut dan melakukan diet yang membuatkan anda kelihatan kurus.

Tubuh seorang wanita yang berisi memberikan kesan menarik di mata lelaki. Ternyata salah satu kejayaan dalam berumahtangga apabila suami melihat para isteri mempunyai badan berisi.

Para wanita yang kurus biasanya diinginkan oleh seorang model yang ingin berjalan di atas pentas peragaan. Tetapi bagi seorang wanita yang ingin persiapkan diri untuk membina rumah tangga badan yang berisi adalah pilihan yang lebih tepat.

Namun jika wanita yang tetap dengan pendirian “kurus itu seksi”, anda boleh bertanyakan pendapat pada kawan-kawan lelaki sama ada mereka memilih yang berisi atau yang kurus. Anda pasti akan terkejut dengan jawapan yang mereka berikan.

Wanita Yang Suka Berselfie Akan Kelihatan Lebih Tua, Ini Sebabnya

Trend selfie sudah menjadi antara perkara yang wajib dilakukan pada setiap hari. Namun tahukah anda bahawa tabiat selfie berlebihan juga boleh menyebabkan kulit wajah anda kelihatan cepat tua? Penjelasannya di bawah ini.

Perkara ini didedahkan oleh seorang blogger kecantikan Mehreen Baig, 26, di mana tabiat selfie berlebihan akan menyebabkan kulit wajah cepat tua. Melalui portal berita Dailymail, Mehreen menjelaskan tabiat selfie sebanyak 50 kali sehari boleh menyebabkan muka ditumbuhi jerawat, bintik hitam dan perubahan kepada tona kulit.

Ini kerana cahaya yang dihasilkan oleh lampu biru HEV(High-Energy Visible Light) pada telefon lebih berbahaya dari cahaya matahari kerana kadar penembusan terhadap kulit lebih dalam.

Selepas mengetahui mengenai cahaya HEV yang dipancarkan telefon semasa bergambar, dia telah bertindak berjumpa pakar kulit apabila melihat kulit wajahnya mengalami tanda-tanda penuaan pra-matang.

Cahaya HEV bukan sahaja dipancarkan oleh peranti seperti telefon tetapi turut terdapat pada komputer riba dan tablet dan kajian menunjukkan ia hanya sebagai berbahaya kepada kulit sebagai cahaya UVA dan UVB.

Berdasarkan kajian dan didedahkan oleh David E. Bank, Direktor dermatologist, cosmetic, dan laser surgery di Mount, New York. cahaya HEV boleh menyebabkan kulit menjadi kering, berkedut, kemerahan, sehingga pigmentasi.

“Beberapa kemungkinan terjadi dari kesan HEV iaitu kekeringan, kedutan, kemerahan, sehingga pigmentasi,” jelasnya.

Disebabkan itu, Mehreen menasihati orang ramai supaya mengurangkan aktiviti berselfie untuk mencegah gajala berkenaan, pastikan anda selalu memakai sunscreen dengan kandungan zinc oxide dan titanium, untuk mencegah penuaan pada kulit ketika berselfie.

sumber : taikotv

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *