Lawak Santai Yang Tidak Luput Di Telan Zaman

Aku tiba di rumah setelah penat berkerja seharian. Aku melunjurkan kaki di atas sofa.

Isteri memberi aku segelas air. Anak lelaki ku memberi sehelai kertas

English. 17 /100
BM. 35/100
Agama. 45/100
Sejarah 48/100
Geografi. 38/100
Maths. 40 /100
Gen.Science 37/100
Kesusasteraan 60/100
Arts. 68/100

Aku mula hilang sabar
😤😤😤😡😡😡

“Apa ni? Asyik henfon dan tv … inilah jadinya.
Berani kau tunjuk pada abah result kau tu?”
😡😡😡

Isteri ku cuba menyampuk : “Sabar. Dengar dulu …”

Aku kata padanya :
“Anja diam. Ni semua salah anja manjakan sangat si boy tu.”

Isteri ku mencelah : “Oh. Salah anjalah?”

Aku berkata :
“Belum pernah anak2 kita dapat result seburuk tu.”

Si boy cuba menerangkan keadaan sebenar seraya berkata :
“Ayah. Saya membersihkan almari lama di dalam store dan saya terjumpa kertas ni.”

“Ini kad laporan sekolah ayah masa dulu.”

                                                                    Ujang sedang di interview di sebuah syarikat :

Pegawai : Nama saudara siapa ?
Ujang : “ Ujang…”
Pegawai : “Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!…
Ujang : “Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal orang negeri sembilan.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis… Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Melaka.. , tapi datok saya dah meninggal..,Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..
Pegawai : “Apakan saudara boleh berbahasa inggeris ?
Ujang : “Yes .. i am … “
Pegawai : “now tell me about your family in English !!… “
Ujang : “Sorry sir .. i don’t have family in English … they’re all living in Malaysia”

                                                             Tuduhan Mencuri Motor
Seorang pemuda dihadap ke mahkamah atas tuduhan mencuri motor milik seorang gadis remaja.

“Saya sama sekali tidak mencurinya, Yang Arif…” kata si pemuda itu membela diri.

“Dia yang memberikan motor itu kepada saya. Ketika itu dia pulang dari sekolah, dia meminta saya agar memboncengkannya dengan motornya. Saya pun boncengkannya. Lalu dalam perjalanan, di suatu semak belukar,dia menyuruh saya berhenti. Di bukanya baju dan seluarnya. Lalu katanya, saya boleh mengambil miliknya yang paling berharga. Yang Arif, lalu saya berfikir, bajunya memang berharga, tapi itu baju wanita dan tak ada gunanya bagi saya. Jeansnya juga terlalu kecil bagi saya. Kerana itu, apa boleh buat terpaksa saya mengambil motornya…”


Ketika mencangkul tanah di belakang rumahnya, Pak Pandir telah menemui harta karun. Dia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Kalau diletak di bawah bantal, takut pula diambil pencuri.

Setelah berfikir cukup lama, akhirnya Pak Pandir mendapat idea. Dia menanam wang itu di belakang rumahnya lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar “TIDAK ADA WANG DISINI!”. Ternyata teman Pak Pandir iaitu Si Luncai nampak apa yang dilakukan oleh Pak Pandir.

Setelah lewat tengah malam, Si Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tersebut. Setelah dia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Si Luncai menggantikan tulisan yang ditulis Pak Pandir dengan ayatnya yang berbunyi, “BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!”.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *