BR1M bukan dedak – PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan dedak atau umpan seperti yang dituduh pembangkang.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan memutuskan untuk meneruskan pemberian BR1M dengan kadar maksimum sehingga RM1,200 kepada tujuh juta penerima melibatkan peruntukan berjumlah RM6.8 bilion.

“Maka, pembangkang yang begitu negatif terhadap inisiatif ini dan menuduh (BR1M) sebagai dedak serta umpan, kini tanpa segan silu membuat u-turn dan khabarnya Kerajaan Pulau Pinang sendiri pada bajet lalu mencadangkan BR1M dilaksanakan.

“Oleh itu, jika BR1M tahun ini telah memanfaatkan tujuh juta penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion, maka bagi tahun 2018, kesemua penerima akan terus menikmati habuan ini dengan kadar maksimum sehingga RM1,200,” katanya ketika membentangkan Bajet 2018 di Parlimen di sini.

Ujarnya lagi, sejak BR1M diperkenalkan pada 2012 rakyat menerima baik inisiatif itu selain syukur dan senang hati.

“Jelas sekali, BR1M merupakan suatu bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya, terbukti keberkesanannya,” tambah beliau.

BACA JUGA

Bajet 2018: RM200 kepada anak Malaysia lahir mulai 1 Januari 2018

RM200 akan diberikan kepada setiap anak Malaysia yang lahir bermula 1 Januari 2018 hingga 2022 melalui unit Amanah Saham di Permodalan Nasional Berhad (PNB). – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 akan diberikan kepada setiap anak Malaysia yang lahir bermula 1 Januari 2018 hingga 2022 melalui unit Amanah Saham di Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini, berkata skim itu yang pertama kali diperkenalkan bagi menjamin masa depan generasi TN50 dikenali sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan turut memperuntukkan RM250 juta bagi pendidikan generasi TN50 yang antara lain digunakan untuk menubuhkan pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Katanya, pusat itu bertujuan membentuk kaedah pembelajaran terkini serta melatih guru pakar STEM menggunakan fasiliti institut pendidikan guru sedia ada dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia.

Peruntukan itu juga digunakan untuk mempertingkatkan modul komputer sains termasuk program koding dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah yang kini telah wujud di tingkatan 1 dan tingkatan 3.

sumber : astro awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *